Studio Pengaturcaraan

Siri #asaskoding kali ini memilih untuk menggunakan Python sebagai pengenalan kepada asas pengaturcaraan. Setakat ini, Python adalah bahasa pengaturcaraan yang mudah untuk ditulis dan difahami meskipun bagi individu yang tiada pengalaman dalam bidang pengaturcaraan.

Penggunaan Python pada hari ini amat meluas dan dikatakan antara bahasa yang sangat popular terutama sekali di dalam bidang data sains, pemprosesan teks dan imej, matematik, fizik dan sebagainya.

Kedudukan Python, C++ dan Java IEEE. IEEE adalah sebuah badan profesional berperanan besar dalam penerbitan, akredetasi dan pembangunan standard dalam bidang elektrikal, elektronik dan sains komputer.

Aturcara dibina dengan menggunakan bantuan studio pembangunan. Studio pembangunan ialah sebuah perisian yang bersepadu untuk memudahkan kerja-kerja pembangunan aturcara. Ianya lengkap dengan pelbagai alatan bantuan seperti ruang untuk menulis aturcara (ruang ini kebiasannya dipanggil editor), pengkompil, pelaksana dan sebagainya. Siri ini menggunakan studio pembangunan Anaconda sebagai pengenalan kepada asas pengaturcaraan. Perisian ini boleh dimuatturun melalui capaian ini.

Langkah-Langkah Pemasangan Studio Anaconda

Nota pemasangan: Simbol atau ikon pada langkah berikut adalah tertakluk kepada sistem pengoperasian Mac OS. Walaubagaimanapun, langkah-langkah pemasangan masih terpakai untuk Windows dan Linux.

Langkah 1: Muatturun Anaconda versi 3.7 di laman https://www.anaconda.com/distribution/. Pilih Anaconda yang bersesuaian dengan sistem pengoperasian komputer anda.

Pilih versi Python 3.7 bersesuian denga sistem pengoperasian komputer anda.

Langkah 2: Klik dua kali pada Anaconda yang telah dimuatturun untuk memasangnya di komputer anda.

Perisian Anaconda yang berjaya dimuatturun.

Langkah 3: Ikon studio Anaconda akan terpapar pada pilihan aplikasi di komputer anda apabila pemasangan berjaya. Klik pada ikon studio Anaconda bagi memastikan perisian telah berjaya dipasang dan sedia digunakan.

Ikon studio Anaconda di paparan pilihan aplikasi bagi MacOS.

Kedudukan Python di dalam Anaconda

Spyder adalah salah satu modul di dalam studio Anaconda khas untuk pembangunan aturcara menggunakan Python. Terdapat sebuah lagi modul yang boleh digunakan untuk pembangunan aturcara Python iaitu Jupyter Notebook.

Keduanya mempunyai keupayaan yang sama tetapi berfungsi di persekitaran yang berbeza. Jupyter Notebook merupakan studio pembangunan berasaskan web, yang mana ia memerlukan pelayar web dan rangkaian Internet untuk berfungsi. Manakala Spyder tidak memerlukan pelayar web dan rangkaian Internet untuk berfungsi. Spyder dipilih dengan andaian aturcara Python masih boleh digunakan mesikpun rangkaian Internet tidak ada atau gagal berfungsi.

Pemasangan Spyder

Spyder perlu dipasang sebelum ianya sedia digunakan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk pemasangan Spyder.

  1. Klik butang Install pada ruang Spyder. Anaconda akan memasang modul Spyder pada komputer anda.
  2. Pemasangan yang berjaya akan terus membuka Spyder.

Terjemahan Istilah

  • download – muatturun
  • installation – pemasangan
  • compiler – pengkompil
  • icon – ikon
  • operating system – sistem pengoperasian

Bahasa Pengaturcaraan: Bahagian 1

Kod aturcara adalah binaan asas sebuah perisian. Ianya terdiri daripada baris-baris arahan untuk melaksanakan sesuatu proses. Kod aturcara dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang digunakan oleh pengaturcara untuk membina sebuah aturcara. Ia adalah sebuah bahasa yang difahami oleh manusia dan seterusnya diproses oleh mesin komputer. Ianya ditulis menggunakan teks editor dan disimpan menggunakan format tertentu.

Secara asasnya, bahasa pengaturcaraan terdiri daripada beberapa kata khas, operasi matematik dan operasi logik. Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C, C++, Java, Pyhon, JavaScript dan sebagainya.

Contoh-contoh kod aturcara

Kod aturcara yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan Java.


Kod aturcara yang menggunakan bahasa pengaturcaraan Python

Kod aturcara yang menggunakan gabungan dua bahasa pengaturcaraan , HTML dan Java untuk pembangunan aplikasi web yang dinamik.

Sebahagian keratan aturcara yang menggunakan Javascript untuk menjadikan aplikasi web lebih responsif dan dinamik. Ianya disimpan menggunakan format .js. Javascript boleh bersekali dengan aturcara berformat .jsp.

Terjemahan Istilah

  • programming language – bahasa pengaturcaraan.

Pengaturcaraan: Pengenalan Bahagian 1

Pengaturcaraan adalah kaedah yang digunakan untuk menjalankan proses tertentu di dalam sebuah komputer.

Kaedah ini dilaksanakan dengan menulis satu set arahan yang difahami oleh komputer untuk perlaksanaan proses yang dikehendaki.

Contohnya, Whatsapp membenarkan pengguna menghantar mesej kepada penerima. Proses penghantaran, penerimaan dan penyimpanan mesej digerakkan oleh beberapa set aturcara di dalam Whatsapp.

Terjemahan Istilah

  • Programming – pengaturcaraan
  • Coding – pengekodan / koding (istilah tidak rasmi)
  • Program – aturcara
  • Code – kod aturcara